Feb 13, 2009

Chat Room Dalam Blog


Chat

Anda mempunyai ramai kenalan dari kalangan bloggers?? Mungkin juga rakan² bloggers anda adalah teman sepejabat atau pun sekolej anda. Justeru, mungkin banyak benda yang boleh anda bualkan bila bersua mereka di alam siber. Apa kata anda letakkan saja widget chat room untuk chatting di blog anda.


Widget ini sangat mudah untuk digunakan. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Selepas itu anda boleh memilih nama chatroom anda, meletakkan kategori dan tags. Malah anda boleh memilih tema yang terdiri daripada tiga kategori umum iaitu Classic, Color dan Custom. Anda juga boleh menentukan saiz tinggi dan lebarnya sebelum disimpan. Selepas itu, masukkan saja kodnya ke dalam blog anda.

Anda boleh chat di laman utama atau memberikan mesej peribadi kepada kenalan anda. Anda juga boleh memilih jenis tulisan serta status yang anda kehendaki. Ayuh, chatting bersama rakan² dengan menggunakan Chat99. Sebagai permulaan, anda boleh chatting di blog penulis ini.

5 Comment

ellyani Mon Apr 20, 10:58:00 PM

menda ni tak sama dgn kotak menjerit kew???

Eriyza Mon Apr 20, 11:10:00 PM

Ellyani : Tak sama. :)

ellyani Mon Apr 20, 11:21:00 PM

owh baru paham...tadi tak kuar gambo nyew...thanks yew...

Eriyza Tue Apr 21, 12:03:00 AM

Ellyani : Okey. Hehehe!!! ;)

Unknown Thu May 14, 01:00:00 AM

hi..siapa minat bola sepak information can visit this free website ya http://www.bethelptips.com

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.