Emotikon merupakan antara aksesori blog yang digemari terutamanya oleh bloggers perempuan. Penulis pernah membuat emotikon Emofrog tidak lama dahulu. Kini, penulis kembali dengan topik emotikon juga tetapi bukan emotikon baru kerana kali ini penulis mahu mengajar anda untuk membuat emotikon sendiri. Teruja untuk belajar??
Anda perlu membaca topik ini dengan teliti agar anda lebih faham cara² untuk membuatnya.
1. Pertama sekali anda kena mencari emotikon. Penulis cadangkan anda menggunakan emotikon dari MyEm0.
2. Klik kanan pada emotikon tersebut, pilih Copy Image Location.
3. Kemudian, anda pergi ke laman web Photobucket. Muatnaik emotikon² tadi dengan memilih Web URL.
4. Abaikan saja bahagian edit tag, anda terus pilih Direct Link dan Copy kod emotikon tersebut.
5. Seterusnya anda buka Notepad. Tampal semua kod² ini ke dalamnya. Skrip emotikon tidak serasi dengan blogspot, sila salin dari laman web ini. Harap maklum.
6. Di dalam skrip tadi, anda cari kod seperti di bawah.
var buttons = "
";
buttons += emoticonButton("emotikon01", "http://emo.com/emotikon.gif");
buttons += emoticonButton("emotikon02", "http://emo.com/emotikon.gif");
buttons += emoticonButton("emotikon03", "http://emo.com/emotikon.gif");
buttons += separator();
Ayat berwarna biru bermaksud nama emotikon yang anda akan gunakan. Misalnya anda boleh menggunakan nama senyum untuk emotikon jenis senyuman dan sebaliknya. Ayat berwarna merah pula adalah alamat emotikon tersebut. Berikut adalah contoh yang telah penulis buat untuk tutorial ini.
var buttons = "
";
buttons += emoticonButton("kuge01", "http://smg.photobucket.com/albums/v677/eriyza/th_12024717650.gif");
buttons += emoticonButton("kuge02", "http://smg.photobucket.com/albums/v677/eriyza/th_12024717654.gif");
buttons += emoticonButton("kuge03", "http://smg.photobucket.com/albums/v677/eriyza/th_12024717801.gif");
buttons += separator();
7. Save As skrip anda tadi dengan nama emotikon.user.js. Contohnya penulis ingin menamakan emotikon penulis sebagai Eriyza Emokuge, maka penulis perlu menyimpannya eriyza_emokuge.user.js. Anda tidak boleh tertinggal perkataan user.js kerana skrip anda tidak akan berfungsi.
8. Anda perlu muatnaik skrip anda tadi ke laman web. Anda boleh menggunakan Google Page Creator, Geocities atau Weebly.
Siap. Sekarang anda cuma perlu menguar²kan skrip emotikon anda tadi kepada rakan² anda agar mereka dapat menggunakannya di dalam blog masing².
Bagi bloggers yang baru kali pertama ingin menggunakan emotikon, anda boleh rujuk cara penggunaannya di sini.
Emotikon yang penulis gunakan sebagai contoh untuk tutorial ini boleh anda muatturun di sini. Penulis cadangkan agar anda membuat 3 emotikon dahulu untuk tujuan pembelajaran. Selepas anda faham konsepnya nanti, anda bolehlah membuat semua emotikon yang anda gemari.
Selamat mencuba. Semoga berjaya. Tinggalkan komen ya kalau tutorial ini membantu anda.
40 Comment
Salam Kak Eriy, Daus nak tanya...
Apa itu backlink?
Apa tujuannya?
Macam mana nak buat...
tutorial yg menarik.. thanks..
Daus : Wasalam. Cuba rujuk http://acmeous.blogspot.com/2008/12/seo-tip-what-is-backlink-and-how.html
Anarm : Sesama.
eriyza...
yg prob nyer google page creator tu da xtrime new regstrn
so cane?
ade web laen x yg bley kite upload?
Cikin : Bleh guna geocities.com / weebly.com.
time kasih sebab sudi ajar... tapi macam mana nak upload kat google page creator tu, kena actach dari pc ke google ke...?
Shay : Sesama. Skrip tuh upload dr pc ke laman web tersebut. Skrip tuh laa yg akan dipromosi di blog.
time kasih sebab sudi ajar benda2 berguna macam nih... tapi eriyza shay dah buat skrip tu, dah boleh digunakan pun, tapi nanti kalau ada orang nak skrip tu macam mana shay nak kasi orang upload yerk...?
Shay : Promosikan skrip yg dimuatnaik ke web tuh. Contoh skrip yg Eriyza guna tuk tutorial ni ialah http://ladyqistina.googlepages.com/eriyza_emokuge.user.js
sggup ko buat tutorial emoticon ni. aku tak sanggup langsung
:p sebab kena buat banyak print screen taniah2 :))
Cik Amoi : Takper, tutorial ni selain kongsi dgn org lain, beguna tuk rujukan diri seniri gak. :D
macam mana nak upload script guna weebly.com ek?
boleh tolong x?
Cik : Daptar, pastuh muatnaik saja skrip tesebut.
Jgn lupa kongsi link skrip awak nanti. :)
menarik nu..haha lama aku tak bermain-main dengan grafik.boleh dicuba kelak
thankz.nice info..
kalo ada masa nnti nak try wat gak.. :D
Twenty-Six : Selamat mencuba. :D
-Wan- : Okey, silakan mencuba.
haih.da lme cari macam mana nk buat sndiri.
thnx yea! :)
mcm ni rupe nye wt script...bgs2...thanks...
JulietAnna : Selamat membuat skrip emotikon seniri. :D
Genarasi Malaysia : Sama². Skrip simple jer.
err...macamane plak untuk guna emoticon di ruangan komen? :((
Wan : Bleh rujuk http://trik-tips.blogspot.com/2008/10/menampilkan-pasang-emoticon-di-kotak.html
salam eriyza..
ingatkan xde orang buat tutorial ni, jadi saye pun buat post yg same kt blog. hehe
leh rujuk same2, tqiu!
I Am Innocent : Wsalam. Takper, saling rujuk merujuk amalan yg bagus. Bak kata depa, sharing is caring. ;))
wahhhh nih lah tutorial tentang membuat emoticon sendiri yang paling2 complete saya penah baca....thanks yew..
Ellyani : Terima kasih. Sy sekadar bekongsi apa yg sy tau saja. Maseh byk kekurangan lg ni. :|
oooo... begini caranya... thanks cikgu... baca sekali imbas je nih... nanti2 rujuk kembali utk dicuba... akhirnya... ada juga blogger yg sudi bkongsi ilmu... cayokkk... cayokkk... semoga diberkatiNya! :)
AliyaAnnuar : Ilmu perlu disebarkan untuk manfaat bersama.
aku jumpa blog yang dah buat skrip untuk emoticon yang lain. dan kat blog tu ade skrip untuk lebarkan kotak posting.
http://blogger-emoticon.blogspot.com
naDDy : Terima kasih atas perkongsian pautan.
Bagaimana cara utk muatnaik skrip di weebly:-/
Anonymous : Kena daftar dulu, pastuh muatnaik saja skrip yg anda buat.
Mcm mana cara nak upload slps daftar. Tkn apa?
Anonymous : Anda gunakan web mana??
weebly
Anonymous : Owhh, patutlah anda tanya. Anda kena create site dolu, pastuh pilih multimedia - file tuk muatnaik emotikon anda. Drag saja ikon file tuh ke web anda dan muatnaik cam biasa.
thanks a lot..
Anonymous : You're welcome.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.