Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam diseluruh dunia dan Malaysia khasnya. Kita semua sedia maklum tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah. Tahun ini 12 Rabiul Awal 1430H jatuh pada 9 Mac 2009 bersamaan dengan hari Selasa. Ayuh, banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Arwah bonda penulis dan ayahanda juga dinikahkan pada 12 Rabiul Awal 1397H bersamaan 3 Mac 1977 kira-kira 32 tahun lalu. Semua itu kini cuma tinggal kenangan kerana bonda kesayangan sudah kembali ke pangkuan Ilahi. Kawan², penulis ingin berpesan kepada anda dan juga diri sendiri agar kita sama 'update' dan 'upgrade' diri kita sendiri agar menjadi seorang muslim / muslimah yang jauh lebih baik dari semalam.
Seandainya sebelum ini, kita belum cukup menunaikan solat 5 kali sehari semalam, maka bermula pada saat ini berusahalah untuk mencukupkannya. Jika sebelum ini, kita berpakaian yang tidak menepati syariat, maka segeralah memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Sesungguhnya kita adalah umat akhir zaman yang sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Jangan dibalas kasih sayang baginda pada kita dengan perbuatan yang tidak bermoral. Usahlah menjadi seorang Islam pada nama sahaja tetapi amalkanlah cara hidup Islam seperti yang disarankan. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Amin.
6 Comment
Salam..
Salam maulidurrasul..
Begitulah hendaknya..seorang muslim mestilah menambah baik dan memperbaiki iman dan islamnya..
Sabda Nabi :
" Sesungguhnya iman umat akhir zaman itu turun dan naik "
Jadi, sama2lah kita menjaga diri dan iman kita..
Waalahualam..
Tempayanbudu : Wsalam.
Salam maulidur rasul kembali.
Doa dan harapan begitu laa, semoga hari² mendatang semakin bertambah iman dan amal. Amin.
Salam Maulidur Rasul buat kak Eriyza juga...
Akuro San : Salam Maulidur Rasul wat awak. Semoga bahagia selalu ye. :)
Salam Maulidur Rasul buat puan ghumah, banyakkan selawat dan salam jujungan Muhammad Rasulullah S.A.W
Al-Fatihah buat bonda hang.
Matkapak : Waalaikumussalam.
Terima kasih ya.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.