Aug 27, 2009

Blogspot Memperkenalkan Label Berawan


Akhirnya Blogspot telah membuat penambahbaikan pada widget label miliknya. Antara menu baru yang diperkenalkan ialah pemilihan Cloud selain List pada paparannya. Ini akan memudahkan bloggers baru untuk meletakkan label berawan di blog milik mereka. Tidak seperti dahulu, penulis harus memasukkan kod lain ke dalam layout untuk menghasilkan label berawan.


Agak menarik juga apabila di tab Show anda diberi pilihan sama ada untuk memaparkan semua label di All Labels atau sebahagian sahaja label di Selected Labels. Di tab Sorting pula, pilihlah Alphabetically untuk label mengikut abjad atau By Frequency untuk label yang paling kerap digunakan. Kalau anda mahu label anda disertai dengan jumlah posting, bolehlah menanda bahagian Show number of posts per label. Syabas Blogspot kerana semakin peka dengan kehendak para bloggers.

Manfaatkanlah menu baru di widget ini dengan sebaiknya. Semoga penerangan ringkas penulis ini boleh membuatkan anda lebih faham.

Via : Blogger Buzz

6 Comment

|Ihsan| Fri Aug 28, 05:15:00 PM

dah ade ea?? wah sng arr xyah nak edit2 kat html page lg...

Eriyza Fri Aug 28, 07:11:00 PM

|Ihsan| : Aha, menu cloud ni baru saja dimasukkan dan bloggers baru pun leh cuba. :)

|Ihsan| Mon Aug 31, 01:45:00 AM

ehh!! tapi mse dah cbe x bole... plik kan blogger ni. masih beta lg kot.

Eriyza Mon Aug 31, 11:51:00 AM

|Ihsan| : Cuba lagi. Pastikan label tu ada byk sket.

Anep™ Wed Sep 16, 04:48:00 PM

thnx 4 sharing..

Eriyza Wed Sep 16, 11:24:00 PM

::AnEp:: : Sesama.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.