Dec 14, 2009
Cari Gambar di Flickr Dengan Menggunakan Tag
Tentu kebanyakan dari anda mencari gambar dari Flickr untuk dimuatnaik ke blog. Flickr menjadi pilihan kerana ia menawarkan banyak gambar yang menarik. Pencarian menjadi lebih mudah jika anda tahu menggunakan tag dengan betul ketika proses mencari dijalankan. Tahukah anda bahawa diwujudkan satu laman khusus untuk mencari tag dari Flickr??
Anda masuk ke laman sesawang Flickr Tag. Masukkan tag yang ingin dicari dengan menulis tag pertama (love) diikuti dengan koma (,) dan tag seterusnya (miss). Seketika kemudian, akan terpapar pelbagai jenis tag yang berkaitan dengan love dan miss yang anda cari tadi. Anda klik sahaja pada salah satu gambar yang ada dan ia akan terbit di sebelah kanan. Jika anda mahu menggunakan gambar itu, klik sahaja di atasnya dan anda akan dibawa ke laman asalnya.
Seterusnya, anda boleh memilih tag yang lain pula. Penulis jamin ianya akan memudahkan pencarian anda selain menjimatkan masa. Cubalah, anda pasti suka.
Date :
Monday, December 14, 2009
Tags :
Search Engine
Websites
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.