Dec 11, 2009

E-Novel : Biarkan Ia Berlalu



Stok novel dari Perpustakaan Awam Negeri Terengganu sudah kekeringan berikutan sepupu kesayangan sudah bercuti sekolah. Jadi, tiada alasan untuknya ke sana lagi. Justeru, terpaksalah penulis mencari alternatif lain iaitu membaca e-novel yang bertebaran berada di ruangan maya ini. Buat masa ini penulis sedang mengikut cerita Biarkan Ia Berlalu karya Sha Ibrahim.


Membaca e-novel kadangkala tidak dapat dihabiskan sekiranya pihak penerbitan berminat untuk menerbitkannya, maka si pengarang akan menghentikan penulisannnya di blog. Akan tetapi e-novel ini masih ditulis dan penulis menunggu dengan setia garapan cerita selanjutnya.

Sepintas Lalu :
E-novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nadia yang telah bertekad untuk membalas dendam terhadap keluarga bekas kekasihnya Johan yang menyebabkan keluarganya bankrup. Nadia merahsiakan identitinya sebagai tuan punya Friends Corporation dengan meletakkan dua sahabat karibnya iaitu Tiara dan Baby sebagai teraju utama. Di dalam keghairahannya untuk menuntut bela, Nadia terjerat pula dengan perasaan cinta terhadap akauntan syarikatnya, Syafiq. Mampukah Nadia meraih cinta Syafiq yang pernah patah hati kerana Mia Khaisarah. Berbaloikah Nadia mempertaruhkan nyawa insan² kesayangannya demi sebuah dendam kesumat??


Jawapannya hanya ada di dalam e-novel Biarkan Ia Berlalu. Cerita ini ada lawak di dalam seriusnya, ada tangisan di dalam ketawanya dan ada cinta di dalam bencinya.

1 Comment

Pentadbir Sat Jan 30, 11:21:00 PM

cmne masukkan laman web/blog org cm atas tu

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.