Dec 31, 2009

Sorotan 2009


Akhirnya 2009 tiba juga ke penghujungnya. Pelbagai momen suka duka berlangsung sepanjang 12 bulan ini di dalam hidup masing². Sama ada jalan cerita anda tahun ini manis atau masam, jadikan ia sebagai satu pengalaman yang sukar dicari ganti. Penulis sendiri menjalani rutin hidup biasa sepanjang tahun ini tetapi banyak perkara baru telah penulis pelajari.


Tahun ini beberapa orang yang penulis kenali sama ada di alam realiti atau maya telah menamatkan zaman bujang termasuklah bekas kekasih malah hari bahagianya bersamaan dengan hari pemergian nenek penulis sebelah ayah 13 tahun dahulu. Tahun ini juga penulis kehilangan atuk sebelah arwah ibu pada Mac lalu.

Tahun ini cukup mencabar bagi penulis kerana sebahagian besar dari urusan kedai telah berpindah tangan kepada penulis. Amanah yang terpikul di bahu perlu penulis laksanakan dengan pertimbangan yang sewajarnya. Penulis perlu memastikan baik buruk setiap tindakan agar perniagaan yang bertapak sekian lama ini tidak terjejas. Alhamdulillah, segala²nya berjalan lancar meskipun ekonomi negara tahun ini merudum sedikit. Syukur pada Tuhan.

Banyak perubahan telah penulis lakukan pada kedai hasil titik peluh kedua ibu bapa penulis ini. Penulis selaraskan mana yang patut termasuk membuat sistem baru untuk pembayaran wang bagi setiap pembuat kuih. Walaupun nisbah pengiraannya masih sama tetapi cara lama yang digunapakai dahulu telah penulis rombak dan sekarang teknik baru diaplikasikan sepenuhnya.

Penulis tersenyum lebar apabila para sekutu turut bersetuju dengan cara penulis bekerja malah ayahanda tidak membantah langsung. InsyaAllah penulis akan perbaiki setiap kekurangan yang ada dari semasa ke semasa agar ia mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Untuk tahun 2010, penulis mempunyai beberapa agenda baru dan akan penulis implementasikan secara berperingkat.

Blog ini pula banyak paparan tutorial, widget dan website berjaya penulis kongsi bersama. Terima kasih di atas sokongan anda selama blog ini beroperasi. Penulis akan terus berkarya selagi hati mahu. Jangan lupa klik iklan kat blog ini ya.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.