Jan 30, 2010

Jom Daftar Yahoo Meme


Sudah lama penulis mengetahui tentang Yahoo Meme ini tetapi hari ini baru tergerak hati untuk mendaftarnya. Ianya adalah mikro blogging dan berfungsi lebih kurang Twitter. Jika anda penggemar Twitter, berkemungkinan besar anda juga akan suka Yahoo Meme.


Yahoo Meme menawarkan perkhidmatan perkongsian teks, gambar, video dan audio. Berbeza dari Twitter, gambar dan video boleh dilihat dan dimainkan secara terus. Pendek kata memang menariklah. Tiada jumlah patah perkataan ditetapkan untuk menulis teks kerana penulis mencuba menulis 445 patah perkataan dan tidak dipotong sama sekali. Anda juga boleh repost topik pengguna lain yang anda rasakan menarik sama seperti fungsi retweet di Twitter. Cuma Yahoo Meme belum ramai pengguna seperti Twitter. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, daftarlah Yahoo Meme. Jangan lupa tambahkan Eriyza sebagai rakan anda.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.