Topik seumpama ini adalah julung² kali penulis paparkan di blog ini sepanjang 5 tahun 5 bulan menjadi bloggers. Atas nama persahabatan dan kasih sayang sesama insan, penulis terpanggil untuk menyertai kempen Blogger, We Care anjuran Encik Hydir yang bertujuan untuk membantu Encik Megat yang sedang hidup dalam tangisan bersama isteri dan anak²nya. Topik ini penulis akan pastikan berada di atas atau dipanggil sticky post selama seminggu mulai 10 Januari 2010.
Anda boleh membaca cerita duka mereka sekeluarga di bawah ini.
Penulis tahu anda semua sangat ingin membantu meringankan beban mereka tetapi anda tidak mempunyai wang lebih untuk dihulurkan. Penulis juga sama seperti anda tetapi dengan cara meletakkan riben di atas selama seminggu di blog masing², anda dapat menyumbang RM1 kepada mereka. Tidak kiralah anda penulis blog politik atau picisan, dengan jari-jemari sahaja anda mampu menolong insan lain.
Penulis menyeru kepada semua bloggers yang membaca topik ini agar menyokong kempen ini. Jika anda membantu orang lain pada hari ini, insyaAllah anda akan ditolong pada saat anda benar² memerlukan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kempen ini terutamanya pihak penaja iaitu Encik Hydir. Ayuh, kita sama² tampal dan sokong Kempen Ribbon Blogger, We Care.
Kemaskini 11 Januari 2010
Buat pembaca yang tiada blog, anda boleh menyalurkan sumbangan ikhlas anda kepada akaun Encik Megat melalui informasi yang tertera di bawah :-
No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman
Keprihatinan kalian penulis dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua.
2 Comment
salam kak eriyza...
oh....
macam best jer...
nak tampal juga la...
:)
caranya dengan letak kat tepi macam kita add gamba kita erk??
;)
Iznie : Aha, tampal jer kat sidebar, pastuh linkkan ke blog Hydir. Kemudian pi habaq kat dia yg kamu dah pasang riben tuh tuk tempoh seminggu. Thanx for support. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.