Mar 28, 2010

E-Novel : She_Girl@He.Man



Akhirnya penulis berjaya juga menghabiskan e-novel She_Girl@He.Man dalam masa 3 hari, itu pun kerana tidak dapat menumpukan sepenuh tumpuan untuk membaca kerana ada kerja perlu dibereskan. Novel ini mempunyai 61 episod dan baru sahaja penamatnya diposkan sebentar tadi. Penulis kira jalan ceritanya ringan tetapi menarik.


Sepintas Lalu :
Rea Alyssa, gadis yang sedang menunggu keputusan SPM terpaksa bernikah atas paksaan Angahnya. Untuk mengelakkan berlakunya perbalahan antara abang²nya yang menentang keras perkahwinan itu, Rea akhirnya rela berkorban. Menjadi suri kepada Baihaqi bukan semudah yang disangkakan kerana perwatakannya yang tidak seperti anak gadis membuatkan suaminya pening. Ketika rasa cinta mula berputik di antara kedua²nya, muncul Bukhari iaitu adik kepada Baihaqi yang telah menyingkap nostalgia hitam yang pernah melanda keluarga Rea. Bisakah Rea menerima Bukhari sebagai adik iparnya atau tergamakkah dia meninggalkan Baihaqi yang telah mula memenuhi ruang hatinya??


Untuk penggemar² novel bersiri di luar luar sana, jangan lupa untuk membaca novel ini yang pastinya bisa membuatkan anda sedih dan senyum dalam masa yang sama. Terima kasih kepada adinda kedua kerana memperkenalkan enovel She_Girl@He.Man ini kepada penulis.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.