Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada warganegara Malaysia sejagat. Semoga kemerdekaan di dalam bulan Ramadhan ini membawa angin perubahan positif kepada setiap individu. Tema kemerdekaan tahun 2010 ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. :mj
Aug 31, 2010
Malaysia Merdeka
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada warganegara Malaysia sejagat. Semoga kemerdekaan di dalam bulan Ramadhan ini membawa angin perubahan positif kepada setiap individu. Tema kemerdekaan tahun 2010 ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. :mj
Tags :
Daily Notes
Aug 26, 2010
Bihun Singapura
Foto Ehsan : http://selerakini.blogspot.com/
Bulan puasa membuatkan tukang masak terpaksa kreatif mencipta menu untuk berbuka puasa agar tukang makan tidak mencebik dengan perkataan "Asyik makanan ni je... makanan lain takde ke?".
Semalam penulis memasak Bihun Singapura tetapi resipi asalnya telah penulis modifikasi mengikut citarasa penulis sendiri. Cara memasaknya agak mudah dan rasanya pun boleh tahan. Orang bujang pun boleh masak sebab senang sangat. Mari penulis ajarkan Bihun Singapura ala Eriyza.
Bahan ²
1 bungkus bihun (celur dan tos)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
7 tangkai cili padi (ditumbuk)
Isi ayam (potong kecil)
Sotong @ udang
Bunga kobis
Cili padi (potong kecil)
Minyak
Cuka
Garam
Perasa
Cara ²
Pijarkan sedikit minyak.
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan cili padi sehingga wangi.
Masukkan ayam berserta sotong atau udang.
Masukkan garam, perasa dan cuka.
Masukkan bihun dan kacau rata.
Masukkan kobis bunga.
Hiasan
1 biji telur (goreng dadar, gulung dan potong serong)
Anda boleh menambah sayur²an seperti sawi, kobis, kucai atau lobak merah mengikut citarasa anda sendiri. Selamat mencuba.
Tags :
Recipe
Aug 25, 2010
Bulan Puasa
Kita sudah berada di hari kelima belas Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalukan?? Kali ini penulis hidangkan lagu berjudul Bulan Puasa dari kumpulan nasyid yang pernah popular di zaman mak abah kita dahulu iaitu El Suraya.
Happy listening ♥
Tags :
Video
Aug 20, 2010
Ramadhan Mat Jo
Anda kenal Mat Jo?? Eh, bukan adik-beradik Joe Jambul tetapi ia adalah siri animasi terbaru yang disiarkan khusus untuk bulan Ramadhan. Ia mengisahkan tentang dua orang budak lelaki iaitu Mat dan Jo yang menjalani ibadah puasa dengan pelbagai ragam. Cerita ini juga menerapkan kisah tauladan dari zaman Rasulullah sebagai pengajaran.
Setelah beberapa kali menontonnya, penulis beranggapan cerita ini sesuai untuk semua golongan. Jika anda mempunyai waktu terluang seawal jam 9.30 pagi, bukalah tv1 untuk menontonnya dari Isnin hingga Khamis. Pasti ada penonton yang membandingkan cerita ini dengan animasi tersohor Upin dan Ipin. Hakikatnya Upin dan Ipin lebih ringan jalan ceritanya manakala Mat Jo pula penuh moral dan mesej tersirat.
Hari ini baru 10 Ramadhan, bermakna masih berbaki 20 episod untuk ditonton. Ayuh, kita menonton animasi ini sama-sama.
Date :
Friday, August 20, 2010
0
Comment
Tags :
Daily Notes
Video
Aug 18, 2010
Mee Rebus Terengganu
Foto Ehsan : http://nalzarinar.blogspot.com/
Sudah seminggu kita berpuasa. Tentu pelbagai juadah lazat sudah anda nikmati sama ada disediakan sendiri atau dibeli di Bazar Ramadhan. Hari ini penulis menyediakan mee rebus ala Terengganu untuk berbuka puasa. Sayangnya adinda bongsu tidak dapat menjamahnya kerana telah pulang ke Puchong awal pagi tadi.
Ini adalah cubaan pertama penulis memasak mee rebus dan hasilnya memberangsangkan. Untuk itu, penulis ingin berkongsi resipinya dengan kalian. Mee rebus Terengganu berwarna kelabu tidak seperti mee rebus lain yang berkuah merah.
Bahan²
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Mee kuning (celur dan tos)
Isi Ayam (potong kecil)
Sotong @ udang
Bunga kobis
Sawi
Cili merah (hiris serong)
Cili padi (hiris kecil)
Air
Minyak
Garam
Gula
Perasa
Telur
Cara²
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
Masukkan cili merah dan cili padi.
Masukkan daging ayam berserta sotong atau udang.
Masukkan air, garam, gula dan perasa sehingga mendidih.
Pecahkan telur sehingga berbungkus.
Masukkan mee dan sayur.
Sewaktu dihidang, anda boleh menambah serbuk lada putih dan sos cili. Boleh juga diperah sedikit limau nipis. Lagi pedas, lagi best. Selamat mencuba.
Tags :
Recipe
Aug 17, 2010
Ramadhan
Maseh ingat lagi kumpulan nasyid Brothers?? Okey, kali ini kita layan pula lagu berjudul Ramadhan dendangan Brothers.
Happy listening ♥
Tags :
Video
Aug 16, 2010
Ramadhan Yang Indah
Ramadhan keenam kita layan lagu nasyid dari seberang. Lagu ini berjudul Ramadhan yang indah dari kumpulan Seventeen.
Happy listening ♥
Date :
Monday, August 16, 2010
0
Comment
Tags :
Video
Aug 15, 2010
Kemuliaan Ramadhan
Sudah lima hari kita berpuasa. Ayuh, layan lagu Kemuliaan Ramadhan gandingan dua kumpulan nasyid iaitu UNIC dan In-Team.
Happy listening ♥
Date :
Sunday, August 15, 2010
0
Comment
Tags :
Video
Aug 11, 2010
Ramadhan Bulan Berkat
Hari pertama Ramadhan 1431 Hijriah. Semoga adik² yang baru belajar berpuasa dapat menghabiskan puasa hari ini dan seterusnya. Jom layan lagu Ramadhan Bulan Berkat dari Hijjaz.
Happy listening ♥
Tags :
Video
Aug 10, 2010
Marhaban Ya Ramadhan 1431
Tarikh permulaaan puasa pada tahun ini ditetapkan pada 11 Ogos setelah diperkenankan oleh DYMM Raja-raja. Berikut dilampirkan bersama lafaz niat puasa.
Selamat menjalani ibadah puasa. ♥
Tags :
Daily Notes
Aug 8, 2010
Baby
Tak ambil tahu sangat perkembangan remaja bernama Justin Bieber ni tetapi sekadar suka lagu ini. Ayuh, kita layan lagu Justin Bieber feat Ludacris yang berjudul Baby.
Happy listening ♥
Date :
Sunday, August 08, 2010
2
Comment
Tags :
Video
Aug 7, 2010
Girl In Your Dreams
Tengahari tadi keriuhan bunyi ekzos motosikal sekumpulan mat rempit yang dihambat polis trafik mengganggu konsentrasi penulis. Jadi, mari kita layan lagu Girl In Your Dreams dari M2M.
Happy listening ♥
Tags :
Video
Aug 4, 2010
Cu Ni Ie Lu Suen Fung
Lama betul tak nampak Nicky Wu berlakon drama mahu pun filem. Penulis hidangkan lagu berjudul Cu Ni Ie Lu Suen Fung (Wish You Favourable Wind All The Way) dari Nicky Wu. Lagu ini pernah menjadi sondtrack untuk filem lama To Miss With Love terbitan tahun 1992. Para pelajar menyanyikan untuk guru mereka yang akan bertukar.
Happy listening. ♥
Tags :
Video
Aug 3, 2010
Aug 2, 2010
What's Up
Masih ingat lagu ini?? Pernah popular suatu masa dulu. Layankan saja What's Up dari 4 Non Blondes.
Happy listening ♥
Date :
Monday, August 02, 2010
0
Comment
Tags :
Video
Aug 1, 2010
No Coke
Ini antara lagu kegemaran penulis ketika bersekolah menengah dahulu. Sekumpulan rakan² lelaki membawa mini compo dan menarikan lagu ini ketika Hari Guru di belakang bangunan kelas tetapi dimarahi oleh uztazah.
Lagu No Coke ini dipopularkan oleh Dr. Alban iaitu seorang doktor gigi yang gigih menentang penyalahgunaan dadah.
IkLan : Entri ini adalah pos yang bernombor 888. Cun! ☻
Happy listening ♥
Date :
Sunday, August 01, 2010
0
Comment
Tags :
Video