Oct 29, 2010

Novel : Bini Aku Tomboy Ke?


Sekali lagi penulis merembat novel milik sepupu cilik yang hanya berusia 13 tahun. Kali ini penulis menghabiskan masa emas dengan membaca karya Arisa Eriza (memiliki nama akhir seakan nama penulis ). Penulis bertekad untuk membacanya kerana novel ini pernah penulis baca di dada internet.


Seperti dijangka, novel ini penuh dengan adegan lucu memandangkan watak utamanya iaitu Sofi Zarill atau lebih mesra dipanggil Zack adalah seorang tomboy. Malah, dia pernah disalah ertikan sebagai pengkid gara² sikapnya yang terlalu mengambil berat terhadap sahabat karibnya. Meskipun demikian, Zack tidak pula mempunyai naluri songsang kerana kehadiran Abang Din ke dalam hidupnya telah membikin dia angau.

Dalam waktu yang sama, Zack turut diminati oleh kasanova yang juga teman sepermainannya sejak kecil iaitu Azim. Zack teguh memilih Abang Din sebagai teman hidupnya tetapi jodoh telah tersurat bahawa dia milik Azim. Mengapa itu berlaku sedangkan tiada halangan daripada keluarga Zack yang kaya-raya untuk melepaskannya ke tangan Abang Din yang cuma orang biasa.

Ada sedikit kekeliruan berlaku apabila ada watak yang mempunyai status hubungan yang berlainan. Anda dapat melihat perbezaannya di halaman 88 dan juga 205. Mungkin novelisnya tidak perasan akan perubahan tersebut.

Walau apa pun, novel ini penuh dengan slang muda-mudi zaman kini. Jangan berharap novel ini ada budak skema kerana 'budak²' di dalamnya dicorakkan mengikut acuan yang kecoh tak ingat dunia.

Judul : Bini Aku Tomboy Ke?
Penulis : Arisa Eriza
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Halaman : 530
Penilaian : ★★★

Sinopsis :

ZACK: Nama sebenar... Sofi Zarill Muhammad. Nama panggilan... Zack. Penampilan... rambut pendek, t-shirt, cap dan seluar jean. Pernah menjadi kegilaan Sabariah (house mate zaman belajar di universiti) dan Arin (pembantu rumah.) Suka hati aku dengan cara penampilan aku... janji aku tak buat dosa dengan Tuhan.

ABANG DIN : Penyelamat ketika Zack kehilangan dompet di Kuala Lumpur. Bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan ditengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

AZIM: Kasanova tersohor dengan ayat menggoda yang bisa mencairkan hati sang wanita. Teman sepermainan Zack sedari kecil lagi.

Siapakah akhirnya yang menjadi pilihan Zack? Sampai bila Abang Din beranggapan bahawa Zack itu adalh seorang lelaki? Adakah Azim akan bersara daripada menjadi kasanova?


2 Comment

Anonymous

Boleh tahanlah.

Puteri Kenari Tue Mar 24, 08:28:00 AM

Haahlah kan,baru perasan.Patutlah rasa pelik je siapa Maria ni,rupanya ada statement berubah.

http://sallyadan.blogspot.com/

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.