Nov 5, 2010

The Classic


Kali ini penulis hendak bercerita tentang filem Korea yang menarik pada pandangan penulis. Filem ini memberikan sejarah tersendiri kepada pelakon wanitanya apabila memenangi beberapa anugerah di beberapa festival filem yang berlainan.


Info

ORIGINAL TITLE : Keulraesik
YEAR : 2003
RUNNING TIME : 127 min
COUNTRY : South Korea
DIRECTOR : Kwak Jae-yong
CAST : Son Ye-jin - Ji-Hae and Joo-Hee
Jo Seung-woo - Joon-Ha
Jo In-sung - Sang-Min
Lee Ki-woo - Tae-Soo
Lee Soo-in - Su-Gyung
Seo Yeong-hee - Na-hee

Storyline

Ada dua kisah di dalam filem ini. Si anak, Ji Hae terjumpa kotak yang menyingkap kemas cerita cinta ibunya, Joo Hee melalui surat dan sebuah diari. Kisah zaman moden tentang anak dan cerita lama tentang ibunya bersilih ganti. Semakin lama menyelami cerita cinta ibunya, dia mendapati cara mereka meluahkan rasa cinta hampir sama.

Ji Hae membantu rakannya, Su Gyung menulis email cinta kepada pelajar lelaki yang popular di kelab drama mereka iaitu Sang Min walhal dia sebenarnya meluahkan hasrat hatinya sendiri. Sang Min terpesona dengan kata² di dalam email tersebut lalu mula menerima Su Kyeong.

Berbalik kepada zaman ibunya, Tae Soo telah meminta jasa baik kawannya iaitu Joon Ha menulis surat cinta kepada Joo Hee tanpa mengetahui bahawa rakannya itu ada hubungan dengan gadis pujaannya. Melalui tinta, Joon Ha sebenarnya sedang melafazkan kata cintanya tetapi menggunakan nama Tae Soo. Akhirnya, rahsia terbongkar dan Tae Soo tidak mengamuk sebaliknya memberi laluan kepada pasangan sejoli itu untuk terus berutus surat dengan menggunakan namanya.


Adakah Ji Hae bakal mengulangi kisah cinta sehebat ibunya atau dia terus memendam perasaan demi seorang sahabat??

Seperti filem cinta tipikal yang lainnya, filem ini sarat dengan mesej tentang kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan. Ianya juga diperelokkan lagi dengan lagu² yang mendayu merdu. Jika anda gemarkan filem romantik, The Classic sangat direkomenkan kepada anda. Tontonlah.


©Eriyza : Filem ini agak sedih namun belum berjaya menumpahkan air mata penulis. Sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.