Dec 6, 2010

Facebook Memperkenalkan Profail Baru

Klik gambar untuk ke Facebook Aman Firdaus

Laman sosial tersohor ketika ini iaitu Facebook terus menambahbaik lagi perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan antaramuka Profail terbaru. Antara perubahan yang dilakukan ialah informasi pemilik akaun berada di atas di bahagian tengah malah ditulis seperti karangan. Gambar senarai rakan lebih besar dari dahulu.

Diberitakan juga bahawa anda dapat mengelaskan rakan² anda di gambar sebagai komuniti tertentu misalnya Budak Sekampung, Rakan Seuniversiti, Sanak Saudara dan sebagainya. Ada banyak lagi kemudahan yang akan anda perolehi sekiranya anda mengemaskini akaun anda ke Profail terbaru.

Ketika topik ini ditulis, 12 orang rakan penulis sudah menukar profail Facebook mereka. Anda bila lagi?? Penulis belum menukar profail Facebook penulis kerana masih mahu kekal dengan profail lama. Lagi pula, profail lama lebih menarik pada pandangan mata penulis. Sedikit masa lagi, penulis akan menurut jejak langkah kawan² yang lain. Sila LIKE FAN PAGE FACEBOOK penulis ye!

©Eriyza : Kredit kepada Aman Firdaus kerana penulis menggunakan akaun Facebook beliau sebagai contoh. Terima kasih.

4 Comment

ezany Mon Dec 06, 03:42:00 PM

menambahburuk ade la kot.. hehe..

aman Mon Dec 06, 06:20:00 PM

haha. kena bayar royalti nie. lol~

Eriyza Mon Dec 06, 11:31:00 PM

@ezany
Agaknya depa nak test citarasa pengguna. Dah byk feedback -ve depa terima. Kot² revert balik nanti.

Eriyza Mon Dec 06, 11:32:00 PM

@aman
Errr, akak dah glemerkan Aman dlm blog ni. Tuh lg best dr bayo royalti. Hehehe!!!

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.