Mar 21, 2011

Tengku Ampuan Terenggganu Mangkat

Bonda Yang Dipertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada jam 1:22 pagi tadi. Baginda yang berusia 78 tahun akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang.

Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut akan berangkat mengiringi jenazah bondanya, Almarhum Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah untuk dibawa pulang ke Kuala Terengganu di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia, Subang, jam 9:30 pagi ini.

Sedikit info ringkas :-

Ramai orang menganggap Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah putera kepada YMM Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah yang juga merupakan puteri kepada Sultan Selangor. Baginda sebenarnya anakanda kepada Isteri Kedua Al-Marhum Sultan Mahmud iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff. Bonda baginda berketurunan Syed dan berasal dari Singapura.


Eriyza : Salam takziah dari kami sekeluarga buat kerabat diraja Terengganu dan rakyatnya. Semoga almarhum ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.