Apr 25, 2011

Dari Hati Ke Hati Di Radio ILuvIslam


Setelah Oh Media! melancarkan radio atas talian mereka iaitu Oh Media FM!, kini laman web bercorak Islamik terkenal di Malaysia iaitu ILuvIslam turut berbuat demikian. Beta Testnya telah pun dimulakan pada 23 April lalu manakala perasmiannya pula akan dilakukan pada hari esok iaitu 26 April di Karangkraf Mall, PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Anda yang berada berhampiran dijemput hadir untuk sama8 memeriahkan majlis.

Buat masa ini siaran Radio ILuvIslam boleh didengar menerusi laman web atau boleh didownload terus ke komputer anda di sini. Menariknya, radio ini boleh dilayari dengan pelbagai browser malah ia turut menyokong pelbagai peranti seperti Tabloid, Ipad dan Android. Terdapat pelbagai segmen menarik untuk anda dengari dan hayati sesuai dengan taglinenya Dari Hati Ke Hati.

Tunggu apa lagi?? Dengarkan radio ILuvIslam sekarang juga. Ketika topik ini ditulis, penulis sedang mendengar alunan ayat² suci al-Quran dari Radio ILuvIslam.

Via : Amanz

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.