Apr 19, 2011

Hos Lagu Di Soundcloud


Seandainya anda mahu mempromosi lagu² kegemaran anda di blog, anda telah berada di topik yang betul. Di kesempatan kali ini, penulis ingin berkongsi satu lagi laman web yang sudah lama penulis temui tetapi jarang² pemulis gunakan. Akan tetapi, ia mungkin sesuai untuk anda yang masih tercari² laman web yang bagus untuk menghoskan mp3 sekaligus berkongsi dengan rakan yang lain.


Anda masuk ke Soundcloud. Anda boleh mengupload lagu tanpa mendaftar terlebih dahulu. Anda cuma perlu memasukkan email yang sah. Antara format fail yang disokong ialah AIFF, WAVE, FLAC, OGG, MP2, MP3 dan AAC. Setelah lagu anda siap diproses, isikan maklumat yang diperlukan. Akhir sekali klik Save. Kemudian, sahkan email anda agar lagu anda dapat dipaparkan kepada umum.

Lagu anda nanti akan dibekalkan dengan menu Share yang membolehkan anda berkongsinya di Blogger, Facebook, Twitter dan lain² lagi. Selain itu, disertakan juga link dan embed code untuk ditampal di mana² blog, forum dan lain². Sesetengah mp3 juga tersedia butang Download.

Ini adalah mp3 yang telah penulis upload untuk anda. Selamat mendengar.

Gz Junio Feat Kaylyn - Tak Ku Sangka by Eriyza

Cubalah laman web ini. Anda pasti suka.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.