Jul 24, 2011

Gangguan Internet TM Di Seluruh Malaysia


Mulai esok, 25 Julai sehingga 31 Julai 2011, TM akan melakukan kerja² menaiktaraf perkhidmatan mereka. Justeru, akan berlaku gangguan kelembapan internet terhadap semua pengguna di Semenanjung Malaysia. Sebenarnya mereka sudah memulakan kerja pada 16 Julai lagi tetapi diberitakan gangguan menyeluruh akan berlaku pada penghujung Julai.

Antara lain, mereka akan melakukan penyelenggaraan untuk kabel dasar laut SEA-ME-WE4 (SMW4) yang menghubungkan Malaysia ke Eropah. Ketika itu, laman² web antarabangsa yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara akan mengalami kelembapan untuk diakses. Aktiviti menaiktaraf IPCORE pula akan melibatkan perkhidmatan internet, suara dan data ke Hong Kong, Tokyo, Palo Alto dan San Jose di Amerika Syarikat.


Untuk melihat maklumat yang telah diterbitkan, anda boleh ke laman web TM. Semoga proses menaiktaraf perkhidmatan yang dilakukan oleh TM berjalan lancar agar pengguna dapat menikmati kualiti internet yang lebih laju dan setimpal dengan harga bulanan yang dibayar.

Via : Amanz

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.