Oct 13, 2011

Anak Tangga Ke Puncak Cinta


Repost : Anak Tangga Ke Puncak Cinta
via Inspirasi Dari Kisah Benar by admin on 10/31/08

Pernahkah kamu mendengar kisah cinta yang hebat selain dari kisah cinta tersohor Romeo Juliet atau pun Laila Majnun?? Mungkin saja kisah cinta kamu dan pasangan kamu juga hebat tetapi adakah ianya mampu mencapai tahap kehebatan cinta pasangan sejoli yang bakal penulis nukilkan di sini?? Inilah kisah benar tentang sepasang lelaki dan wanita yang mencipta sejarah tersendiri sehingga dinobatkan sebagai salah satu cinta agung pada tahun 2007.

Kisah bermula di negara China pada kira-kira setengah abad yang lalu. Seorang lelaki yang ketika itu berusia 19 tahun telah jatuh cinta pada seorang janda yang berusia 29 tahun. Oleh kerana masyarakat pada zaman itu menentang perkahwinan yang melibatkan pasangan lelaki yang lebih muda apatah lagi wanita tersebut berstatus janda serta memiliki anak, mereka terpaksa berkahwin lari dan mengambil keputusan drastik untuk menetap di dalam gua di atas sebuah bukit.


Di gua inilah mereka berkasih sayang sehingga si suami menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 72 tahun. Mereka memiliki tujuh orang anak. Salah seorang anaknya iaitu Liu MingSheng selaku jurucakap bagi pihak media memberitahu bahawa kedua-dua ibu bapanya saling menyayangi antara satu sama lain sehinggakan pada saat kematian si suami, genggaman tangan antara keduanya sukar dilepaskan. Lebih memilukan, si suami mati di ribaan isterinya.

Perasaan cinta yang mendalam terhadap isterinya telah mendorong si suami untuk membina tangga dari puncak bukit sehingga ke kaki bukit. Meskipun si isteri jarang sekali turun ke kaki bukit tetapi demi keselesaan isterinya, si suami telah mengerah keringatnya untuk menyiapkan anak-anak tangga yang berjumlah 6000. Tangga bukan sebarang tangga, ia adalah tangga cinta dari puncak ke kaki bukit.


Sekumpulan pendaki bukit terkujat apabila menemui anak-anak tangga ini sebelum mereka menjumpai pasangan ini yang hidup bahagia. Mereka hanya memakan rumput dan akar kayu manakala lampu kerosin buatan sendiri menjadi cahaya pada waktu malam.

Kini, gua tersebut telah dijadikan muzium dan anak-anak tangga itu telah diambil alih oleh kerajaan untuk dipulihara. Ia juga dijadikan sebagai kawasan pelancongan untuk menghargai kisah cinta yang cukup romantis antara Liu Guojiang dan Xu Chaoqing.


Adakah kamu sanggup berkorban untuk pasangan kamu sepertimana yang dilakukan oleh kedua-dua insan ini?? Mereka memilih untuk meninggalkan keluarga, masyarakat dan kehidupan normal demi cinta. Sesungguhnya kesetiaan dan kasih sayang seperti ini sukar untuk dicari pada zaman ini.

Diinspirasikan dari : Chinese Man Shows World What Real Love Is By Carving 6000 Steps Up A Mountain For Wife.

2 Comment

Anonymous

Adakah lebih hebat daripada cintanya Siti Khadijah pada Rasulullah ???

Eriyza Sat Oct 29, 01:00:00 AM

@Anonymous:
Semestinya cinta ummul mukminin pada Rasulullah tiada bandingannya.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.