Antara puluhan pelanggan yang sering berkunjung, aku tertarik dengan keakraban sepasang sahabat. Bagiku, persahabatan mereka cukup unik. Mereka mempunyai jurang usia yang agak jauh iaitu kira-kira 30 tahun. Lelaki pertama aku gelarkan sebagai Mr. Pie, usianya awal 60an manakala rakannya pula yang berumur awal 30an aku namakan Mr Bie. Sepintas lalu, tiada apa yang menarik tentang mereka berdua malah kelihatan sama seperti orang lain.
Unik yang aku maksudkan ialah Mr. Pie adalah pekak manakala Mr. Bie pula bisu. Sekali pandang, kamu tidak akan menyangka mereka orang kurang upaya kerana penampilan mereka sentiasa kemas. Ada waktunya aku mencuri pandang untuk melihat bagaimana persahabatan mereka berkembang. Bayangkan, mereka
Seperti insan normal, mereka juga berkongsi cerita lucu sehingga Mr. Pie ketawa berdekah-dekah dan Mr Bie pula gelak tanpa suara. Dari gerak-geri mereka, aku pasti mereka gembira. Akhirnya aku juga tersenyum melihat gelagat mereka kerana aku tidak pasti apa yang mereka bualkan sehingga tercipta ketawa sebesar itu.
Pertama kali Mr. Bie datang, aku bertanyakan padanya tentang air minuman tetapi dia hanya diam. Aku mengutuknya sombong di dalam hati sehinggalah dia membuat isyarat 'teh tarik' dengan tangannya. Mr. Bie pemurah orangnya, setiap kali dia bertemu Mr. Pie, pasti dialah yang mengeluarkan belanja. Mr. Bie tidak pernah lupa menunjukkan tanda bagus sebagai tanda terima kasih setiap kali membuat bayaran.
Oh, indah sungguh kurniaan Allah pada mereka. Walaupun mereka kehilangan sesuatu tetapi itu tidak pula membuatkan mereka merasa tersisih. Pada aku, persahabatan mereka sungguh luhur. Semoga mereka baik-baik sahaja.
[ Revolvers - Namun Ku Punya Hati ]
©Eriyza : Sewaktu di bangku sekolah dulu, aku juga punya seorang rakan OKU yang berbangsa Tionghua. Aku tidak menemuinya lagi setelah tamat sekolah menengah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.