Nov 29, 2011

Kurangkan Saiz Gambar Dengan JPEGmini


Kadangkala gambar yang anda ingin paparkan di blog anda terlalu besar saiz resolusinya dan ia adalah amat membazir bagi pemilik blog berbayar di mana bandwith adalah penting bagi mereka. Justeru, ada baiknya anda kecilkan dulu saiznya sebelum dikongsi di laman blog.

Anda boleh mengurangkan saiz resolusi gambar di web JPEGmini. Gambar anda bukan sahaja boleh dikecilkan sehingga 5 kali ganda malah kualitinya tidak terjejas. Anda juga boleh memuatturun gambar tersebut.

Web ini juga menyediakan pratonton secara bersebelahan antara gambar asal dan gambar edit. Anda hampir tidak dapat membezakan antara kedua² gambar kerana kualitinya masih sama.

Apa tunggu lagi?? Cubalah perkhidmatan ini sekarang dan jimatkan bandwith blog berbayar anda. Anda pasti tersenyum lebar.

Via : Amanz

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.