Nov 6, 2011

Salam Aidil Adha 1432 Hijrah


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam seantero dunia terutamanya pembaca blog ini. Semoga ibadah penulis dan kalian semua diterima Allah Taala. Amin.

Mari kita mempelajari sedikit ilmu tentang jenis² haiwan yang boleh dijadikan korban.

JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN

* Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

UMUR BINATANG KORBAN

1. Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.

2. Lembu / kerbau / kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.

3. Biri-biri / kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

Nota : Ibadah korban dilaksanakan di Gong Pauh.
Via : Al-Azim

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.