Dec 26, 2011

Melanie Amaro Juara The X Factor Amerika Syarikat 2011


Rancangan The X-Factor telah sampai ke garis penamatnya apabila gadis berusia 19 tahun dari Sunrise Florida, Melanie Amaro dinobatkan sebagai juara. Melanie menewaskan dua lagi saingannya iaitu Josh Krajcik, 30 dan Chris Rene, 28. Melanie Amaro mempertaruhkan lagu Listen dari Beyonce dan ternyata ia membawa tuah kepada gadis ini apabila semua audien terpaku 'mendengar' alunan suaranya yang penuh tenaga.


LAGU BERNILAI 5 JUTA USD


STEVE JONES MENGUMUMKAN PEMENANG

Ironinya, gadis ini pernah tersingkir pada pusingan awal sebelum dipanggil semula oleh mentornya, Simon Cowell yang mengakui bahawa berlaku kesilapan.


Juara membawa pulang 5 juta USD kontrak rakaman serta akan membuat persembahan untuk komersial Pepsi, di Super Bowl XLVI, tak lama lagi.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.