Video ini dikongsi oleh Mohd Aizuddin di Facebook. Penulis menonton dan spontan senyum sinis menguntum di bibir. Meskipun kisah yang disampaikan umpama sebuah cerita rekaan semata-mata tetapi ada kebenaran terselindung di sebalik video pendek yang hanya berdurasi 1 minit 9 saaat ini. Penulis fikir anda patut menonton video ini dan nilaikan sendiri.
Antara soalan kuiz yang dikemukakan oleh Robert Mugabe kepada Wen Jia Bao, Barrack Obama dan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah seperti berikut :-
1. Negara mana yang enjin pesawat pejuangnya hilang tanpa berperang?
2. Negara mana yang habiskan RM10 juta membina 50 klinik 1Malaysia tapi tiada doktor?
3. Stadium negara mana yang roboh sendiri walaupun gempa bumi tak berlaku?
Jawapan : _____________ (sila isi sendiri tempat kosong)
Semestinya hanya Perdana Menteri Malaysia yang berjaya menjawab dengan tepat semua soalan tersebut. Malaysia Boleh!!!
©Eriyza : Soalan ke-3 bikin penulis terasa panas muka. Kenapa agaknya ya??
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.