Setelah menulis lontaran ayat berbaur ugutan terhadap darah daging sendiri di Twitter, akhirnya Azwan Ali tampil memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf berserta akuan bersumpah Azwan Ali turut disaksikan oleh wartawan media cetak dan elektronik selain mangsa, Ummi Hafilda Ali.
AZWAN ALI MELAFAZKAN SUMPAH DI HADAPAN UMMI HAFILDA ALI
Adik-beradik ini khabarnya sudah 7 tahun tidak bertegur sapa. Berikutan insiden yang berlaku, saudara kandung ini mengambil keputusan untuk berdamai semula apatah lagi bila mengenangkan ibu mereka, Che Tom Yahya, yang tidak mahu anak²nya berbalah antara satu sama lain.
Tambah Azwan lagi, masalah yang berlaku antaranya dan Ummi dianggap selesai selepas lafaz ikrar sumpahnya ini. Dalam sidang media yang sama, Ummi yang menerima permohonan maaf Azwan dengan bersyarat turut tidak mahu memanjangkan masalah keluarga mereka.
“Saya buat begini kerana memikirkan emak yang mahu melihat anak-anaknya kembali bersatu sebagai satu keluarga. Saya harap dengan adanya sidang media ini, semuanya akan terhenti di sini dan tiada lagi isu mengaitkan saya dan Ummi Hafilda.
“Mulai saat ini (17 Januari 2012), saya tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi yang mungkin membawa kepada fitnah dahsyat terhadap Ummi dengan segala perkataan yang kesat dan keji tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya keluar dari mulut seorang abang.
“Sebagai manusia, saya akui sebagai hamba yang lemah dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, saya akui sudah tersilap membuat andaian negatif terhadap dia semata-mata hanya bersandarkan hasutan manusia tidak bertanggungjawab serta mempunyai agenda tersembunyi yang saya tidak sedar ketika itu."
Luahan Azwan Ali di Harian Metro
©Azurie : Selepas Hassan Ali dan Mustafa Ali saling menuding jari, tiba pula giliran Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali bikin 'wayang'. Siapa yang malu?? Pak Ali juga.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.