Pada 26.10.11, Liu Dongmei telah melahirkan seorang bayi pramatang dengan bantuan dua orang jururawat di Nanhai Red Cross Society Hospital di Foshan, wilayah Guangdong, China. Jururawat memberitahu dia mendapat bayi perempuan yang meninggal dunia sejurus dilahirkan.
Setengah jam berselang, ahli keluarga wanita itu datang. Mereka mahu melihat 'mayat' bayi perempuan tersebut. Bayi itu sudah dibungkus dan ditempatkan di tandas untuk dibuang. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bayi itu bergerak dan masih bernyawa. Amarah mereka semakin memuncak apabila bayi yang didakwa perempuan sebenarnya adalah bayi lelaki.
BAYI LELAKI MASIH BERNYAWA DISANGKA
BAYI PEREMPUAN YANG MENINGGAL DUNIA
Pengarah Jabatan Biro Hal Ehwal Perubatan Ginekologi dan Obstetrik, Doktor Huang Lichuan mengakui bahawa doktor yang terlibat tidak menggunakan sebarang instrumen untuk menentukan keadaan bayi dan hanya membuat penghakiman mengikut pengalaman beliau. Bayi itu hanya berusia 32 minggu, tidak menangis, tidak bergerak, tiada degupan jantung malah badannya sudah biru ketika dilahirkan. Justeru, doktor memutuskan dia telah mati berdasarkan kes² seumpamanya.
Jelas menunjukkan bahawa doktor tersebut tidak beretika kerana tidak berusaha mengenal pasti masalah bayi tersebut serta jantinanya pun tidak diperiksa, hanya dianggar sahaja. Bayi itu dilaporkan berada di dalam keadaan baik selepas seminggu dirawat.
Jika anda dapat menangkap bunyi bising itu, ia adalah suara ahli keluarga mangsa yang sedang memaki hamun jururawat namun jururawat sengaja buat 'pekak' tanpa membela diri.
©Azurie : Berdoa agar kecuaian seperti ini tidak berlaku di negara kita.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.