Semalam, blog tersohor yang dikendalikan oleh OBEFIEND iaitu BLOG SERIUS telah digodam oleh individu / kumpulan yang menggelarkan diri mereka COD3BR34K. Menurut mereka, tujuan mereka menggodam blog tersebut sekadar untuk menguji tahap keselamatan blog yang popular.
Si hacker akan memulangkan semula blog ini kepada pemiliknya dengan memberikan kata laluan baru apabila admin sendiri memberi komen pada topik ini. Mereka juga berjanji tidak akan mengusik sebarang maklumat penting.
Malangnya maklum balas yang ditulis oleh admin blog adalah sebaliknya. Pemilik blog pula mendakwa sebahagian besar hasil kerjanya sejak tahun 2009 sehingga 2010 telah dipadam oleh si hackers. Malah, beberapa akaun email pentingnya juga belum dipulangkan semula.
Lebih sedih lagi apabila BLOG SERIUS digodam ketika OBEFIEND sedang berdukacita dengan penyakit yang menimpa bakal bapa mentuanya. Sudahlah susah hati dengan kondisi tersebut, kehilangan peluang perniagaan dan rancangan berbulan madu yang terpaksa dibatalkan tidak terluah dengan perkataan.
Secara peribadi, penulis kecewa dengan sikap penggodam yang mengambil kesempatan ke atas orang lain ketika mereka dilanda musibah. Mungkin situasi admin blog ketika itu tidak diketahui oleh si hackers tetapi jika COD3BR34K ada menyimpan data² yang anda hapuskan dari blognya, silalah pulangkan semula.
Kalau anda mahu tahu, OBEFIEND [EFFI NAZREL] muncul di artikel akhbar Kosmo! hari ini dengan tajuk SELEBRITI JADI SASARAN KAKI KUTUK SIBER bersebelahan dengan tajuk REMAJA TERIMA UGUTAN GARA² ARTIS K-POP.
©Azurie : Ingatkan blog golongan politik sahaja yang sering menjadi sasaran si hackers, rupa²nya mereka berminat menggodam blog popular juga. Jangan hack blog picisan sudah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.