Jan 13, 2012

Blogspot Memperkenalkan Fungsi Komen Berantai


Ada teman yang mengomel penulis sudah lama tidak berkongsi tutorial baru. Ada juga yang perasan, ye?? Oklah, hari ini penulis ingin memaklumkan kepada anda satu berita baik iaitu Blogspot baru sahaja menambah sokongan threaded comments atau dalam bahasa mudahnya komen berantai di dalam sistem komennya. Contohnya, komen yang ditulis oleh Cik Azurie boleh dikomen oleh Jong-hun. Komen Jong-hun pula sekali lagi dikomen oleh Min-hwan. Seterusnya, komen Min-hwan dikomen lagi oleh Jae-jin. Sebab itulah dinamakan berantai kerana mereka mengomen di komen asal yang ditulis oleh Cik Azurie. Errr, anda faham tak??

Sebelum anda menikmati fungsi komen berantai ini, anda perlu menggunakan template asal blogger. Template yang sudah diubahsuai, tidak serasi dengan komen berantai ini. Selain itu, anda juga perlu memastikan blog feed dan sistem komen dipilih dengan betul untuk menggunapakai sistem komen berantai ini.

1. Settings > Allow Blog Feed > Pilih “Full”


2. Settings > Posts and Comments > Pilih “Embedded”


Itu sahaja. Apa tunggu lagi, marilah membuat komen berantai beramai².

©Azurie : Malasnya hendak menukar template sebab sudah jatuh cinta sama 'wajah' blog ini.


Via : Blogger Buzz

6 Comment

nabilah_2908 Fri Jan 13, 05:06:00 PM

kalau guna popup tak boleh eh..?

Eriyza Fri Jan 13, 08:15:00 PM

@nabilah_2908:
Setakat ni, tak boleh.
Akan datang tatau laa.

mz Sat Jan 14, 05:36:00 AM

nak test komen di sini.. tgk boleh 'reply' ke tak..

tapi ni cara nak aktfikan plak..

http://www.muazfaris.com/2012/01/cara-aktifkan-threaded-comment-pada.html

Eriyza Sat Jan 14, 10:58:00 AM

@Muaz Faris:
Blog ni lum bleh guna komen berantai tu. ["_"]

hanihyzaf Sat Feb 04, 08:48:00 AM

@nabilah_2908: testing

Eriyza Sun Feb 05, 11:32:00 AM

@hanihyzaf:
Cuba lagi. :p

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.