Sekali pandang, Carl Griffiths sama seperti orang lain. Akan tetapi, dia boleh dikira lain dari yang lain kerana saiz kakinya yang berukuran 14.5 inci atau bersaiz 21. Pemuda berusia 20 tahun dari Trimsaram, South Wales ini berkemungkinan menjadi lelaki yang mempunyai saiz kaki paling besar di Britain.
Carl memiliki ketinggian 6 kaki 8 inci sering menjadi perhatian orang lain kerana keunikan saiz kakinya. Saiz kaki Carl dua kali ganda lebih besar dari saiz kaki kebanyakan lelaki normal yang biasanya hanya memakai kasut berukuran 9.
Menurut Carl, kakinya membesar dengan cepat. Sewaktu zaman persekolahannya, ibunya terpaksa membeli kasut baru setiap beberapa bulan kerana kasut lama sudah tidak muat.
Tambah Carl lagi, dia bukan sahaja payah hendak mencari kasut, malah sukar mendapatkan stokin yang sesuai. Kerap kali dia tidak dibenarkan menyertai kelab tertentu kerana etika pakaiannya terutama kasut tidak menepati kriteria yang ditetapkan.
Kasut bersaiz 21 perlu dipesan khas dari Amerika Syarikat kerana tiada kilang kasut di Britain yang membuat saiz kasut sebesar itu. Mujurlah ada orang yang sudi membuat kasut untuk Carl, kalau tidak terpaksalah dia berkaki ayam memandangkan kakinya terlalu besar untuk meminjam kasut orang lain. Inilah dilema yang sering dialami oleh orang² yang memiliki kaki bersaiz besar.
Ini pula senarai orang² yang memiliki kaki paling besar.
©Azurie : Mempunyai saiz kaki agak besar juga, mujurlah ada jenama² seperti Princess, La Vincci, Pelli dan Julia yang sudi menyediakan kasut khas untuk pemilik kaki lebar dan besar. Terima kasih!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.