Jan 9, 2012

Jambatan Inspirasi Dari Kisah Nabi Musa Di Belanda


Penulis sudah berkongsi kisah jambatan gulung di London dan jambatan air di Jerman yang unik dengan anda. Malah, jambatan kayu Afghanistan juga pernah tersiar di blog ini. Kali ini, penulis ada lagi cerita tentang jambatan yang boleh dikira menarik, khas untuk pengetahuan anda. Jambatan ini diberi nama Moses Bridge. Ianya terletak di Belanda.


JAMBATAN MUSA | MOSES BRIDGE



Pada asalnya, kawasan ini adalah kubu pertahanan tentera kurun ke-17 dan tempat laluan air di Halsteren, Belanda. Sekumpulan jurutera diarahkan untuk membaikpulih kawasan ini dan mereka telah sepakat untuk membina jambatan yang merentangi air sekaligus 'menghalang musuh melihat tentera yang melalui jambatan' tersebut.


Inspirasi mereka tercetus dari sirah Nabi Musa (Moses) yang membelah laut merah di dalam usahanya menyelamatkan para tenteranya dari kekejaman Firaun. Justeru, jambatan ini dikenali sebagai Moses Bridge.


Menurut jurucakap pembinaan R0&AD, Ad Kil, kawasan itu kini menjadi kawasan rekreasi untuk pejalan kaki dan berbasikal yang telah dikunjungi ramai pelawat. Ia dibina menggunakan kayu kalis air dan tahan lasak.


Dari jauh, jambatan Musa langsung tidak kelihatan. Sekiranya anda berjalan di jambatan tersebut, orang akan nampak anda seolah² berjalan di dalam air.

©Azurie : Teknologi kejuruteraan yang hebat berdasarkan sirah Nabi Musa yang diberi mukjizat oleh Allah Taala, malangnya mereka hanya mengagumi sejarah membelah laut merah tetapi tidak mahu beriman dengan ajaran Islam.

Via : Dailymail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.