Jan 22, 2012

Konvoi Motorsikal Pulang Ke Kampung


Kalau di Malaysia, suasana sesak dan padat terperangkap di dalam ribuan deretan kenderaan di lebuhraya adalah fenomena biasa menjelang musim perayaan. Namun, lain pula ceritanya di Fengkai, daerah Guangdong, China. Segerombolan besar warganya pulang ke kampung halaman masing² dengan motorsikal.

Diberitakan hampir 100,000 orang menggunakan motosikal pelbagai jenis sebagai pengangkutan utama untuk pulang meraikan Tahun Baru Cina 2012. Tidak 'cerewet', motorsikal mereka sarat dengan isteri dan anak serta hadiah untuk dibawa pulang buat ahli keluarga tersayang.


©Azurie : Sudah lama benar tidak menunggang motorsikal sejak berkereta.

Via : ChinaSmack

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.