Perkahwinan pelik ini berlaku di Thailand. Seorang lelaki, Chadil Deffy atau lebih dikenali sebagai Deff Yingyuen nekad mengahwini teman wanitanya yang telah mati iaitu Sarinya 'Anne' Samsook. Perkahwinan itu dilangsungkan dalam suasana sedih di sebuah kuil di Surin pada hari yang sama pengantin perempuan dikebumikan. Pasangan ini telah bercinta sejak 10 tahun lalu dan pernah merancang untuk berkahwin tetapi ditangguhkan kerana mahu menumpukan perhatian pada pelajaran dan karier terlebih dahulu.
MENDAPAT LIPUTAN DARI BUZZ 60
Deff, 29, bertemu Anne, 30, ketika menuntut di Thailand Eastern Asia University. Setelah sedekad bercinta, mereka memutuskan untuk berkahwin tetapi Anne terkorban dalam nahas jalan raya pada 3 Januari lalu.
Deff yang juga penerbit rancangan televisyen di Thailand muncul dengan sepasang sut hitam untuk majlis perkahwinannya yang diraikan oleh ahli keluarga terdekat dan handai taulan yang hanya diundang melalui Facebook. Banyak media cetak dan elektronik membuat liputan untuk perkahwinan yang jarang berlaku ini.
Justeru, pada 4 Januari 2012, Deff telah menunaikan impian mereka untuk hidup bersama dengan menyarung cincin perkahwinan pada jari Anne yang terbujur kaku.
Menurut Deff, selain membuktikan cinta sejatinya kepada Anne, perkahwinan ini juga diadakan kerana dia telah berjanji untuk mengahwini kekasihnya suatu hari nanti. Justeru, janji itu tetap dilunaskan juga walaupun Anne sudah tidak bernyawa.
©Azurie : Chadil Deff menjadi suami dan duda pada hari yang sama dia berkahwin dengan Sarinya 'Anne' Samsook.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.