Jan 28, 2012

Majlis Perkahwinan Kali Ketiga Roslin Hashim


Bekas pemain badminton Malaysia yang terkenal dengan kontroversi kahwin cerai, Roslin Hashim, dilaporkan berkahwin lagi. Roslin, 37, mengesahkan sudah bernikah dengan gadis berusia 24 tahun, Rohayu Rosli di Thailand berikutan kes mahkamahnya belum selesai.


Satu majlis persandingan telah diadakan di Ukay Perdana malam tadi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan ini bernikah pada 28 Disember 2011.


MAJLIS PERSANDINGAN ROSLIN HASHIM DAN ROHAYU ROSLI

Sebelum mengahwini Rohayu, Roslin pernah menikah dengan Faezah Mohamad, 35, pada 30 Januari 2009 dan bercerai 12 hari kemudian sehingga mengejutkan 1Malaysia. Berlaku tuntutan ganti rugi perkahwinan terhadap bekas isterinya dan kes itu masih belum selesai.

Perkahwinan keduanya pula bersama Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Nurhayati Othman, 39, pada 9 Julai 2010. Roslin menceraikan isterinya setelah 28 hari hidup bersama.

Justeru, perkahwinan kali ketiga Roslin Hashim dengan Rohayu Rosli diharapkan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Selaku lelaki yang pernah berkahwin, Roslin patut 'sedar akan kesilapan' yang pernah berlaku di dalam dua perkahwinannya terdahulu dan cuba mengelakkan 'kes' yang sama berulang.

©Azurie : Mahukan pernikahan yang simple but memorable.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.