Jan 11, 2012

Pemandu Bas Terkorban Demi Selamatkan Penumpang


Sebatang jalan tidak bertar di kilometer 38 laluan dari La Paz ke Coroico, Bolivia digelar Jalan Maut. Panggilan itu ada asasnya kerana dianggarkan 200 sehingga 300 orang mati kemalangan di situ pada setiap tahun. Baru² ini, sebuah bas dua tingkat turut terlibat dalam tragedi ngeri di tempat itu.


SEMUA PENUMPANG TURUN DARI BAS


BAS TERGELINCIR LALU MENJUNAM KE GAUNG


Pemandu bas mengarahkan semua penumpang turun lalu berjalan kaki melepasi laluan sempit di tebing yang curam. Mengetahui risiko yang bakal berlaku, pemandu bas memandu dengan perlahan di laluan sempit itu.


Malangnya, tayar belakang bas tersebut tergelincir akibat jalan yang basah dan licin selepas hujan lebat. Akhirnya, pemandu yang telah memperjudikan nyawanya sendiri telah jatuh terjunam ke dalam gaung yang berkedalaman 50 meter bersama bas yang menjadi punca rezekinya.


Penumpang bas yang menyaksikan kejadian itu secara langsung hanya mampu melihat 'wira' mereka terkorban tanpa dapat berbuat apa². Mungkin mereka terharu dengan pengorbanan pemandu bas tersebut yang telah 'menyelamatkan' mereka tetapi dirinya sendiri terbunuh.

Penulis sedikit pelik mengapa jalan yang sebegini bahaya masih juga digunakan untuk laluan orang awam. Tidakkah kerajaan Bolivia prihatin kepada orang²nya sepertimana pentadbir Malaysia sayangkan rakyatnya??

©Azurie : Ada manusia tidak sanggup berkorban untuk ahli keluarganya sendiri tetapi lelaki ini telah mengambil risiko seorang diri agar semua penumpang bas yang menjadi tanggungjawabnya selamat.

Via : Dailymail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.