Jika diamati, adegan Perodua Myvi berada di atas van Ford ini persis babak filem aksi dalam filem Malaywood. Tekaan anda ternyata meleset apabila mengetahui bahawa ia adalah satu kemalangan 'unik' yang berlaku di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian ini menyebabkan van jenis Ford yang diletakkan di tepi jalan remuk teruk akibat dihempap oleh Myvi tersebut.
Tragedi pada pukul 7.50 pagi ini dikatakan berlaku akibat tayar kiri bahagian hadapan Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun pancit dan menyebabkannya hilang kawalan. Dia akhirnya merempuh longgokan batu dan pasir sebelum 'terbang' lalu mendarat di atas van Ford.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, pemandu Myvi yang bertugas sebagai jurujual itu hanya mengalami kecederaan ringan telah dibantu oleh orang ramai untuk keluar dari kenderaannya.
©Azurie : Suka membantu mangsa kemalangan walaupun sering dilarang oleh ahli keluarga.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.