Jan 21, 2012

Potret Sultan Dan Sultanah Kedah Dari Cross Stitch


Jika disebut tentang potret, pasti terbayang di benak kita gambar seseorang yang dilukis diatas kertas lukisan. Apa pula agaknya pendapat anda jika potret tersebut diadaptasi ke atas kain dengan teknik sulaman cross stitch. Pasti menarik, bukan??

Puan Yati yang berbakat dalam bidang sulaman cross stitch telah menunjukkan kemahirannya untuk menghasilkan potret yang cukup cantik. Dia telah diberi penghormatan untuk melakar wajah Sultan dan Sultanah Kedah oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim, Kedah sebagai cenderahati sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah tersebut yang berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2011.


Potret Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bersaiz 44cm x 50cm tanpa bingkai. Kerja menyulam dimulakan pada 18/5/11 dan siap pada 10/6/11.


Potret Sultanah Haminah Hamidun pula berukuran 45cm x 48cm tanpa bingkai. Proses pembikinannya pada 10/6/11 dan selesai pada 18/6/11.

Bertuah Puan Yati kerana beroleh peluang yang jarang dinikmati oleh orang lain. Menyulam cross stitch bukan kerja mudah kerana memerlukan teknik yang betul, ketelitian dan kesabaran.

Jika anda berminat untuk menempah potret cross stitch untuk diri sendiri atau sebagai hadiah pernikahan, sila hubungi Puan Yati.

©Azurie : Pernah buat cross stitch semasa Tahun 5 untuk kelas Teacher Angie tetapi gagal disiapkan. Akhirnya, Aunty Selina yang menawarkan pertolongan untuk menyudahkannya. Apa kes suruh budak berumur 11 tahun buat cross stitch?? Orang dewasa pun belum tentu pandai buat.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.