Feb 9, 2012

Adira Pegang Anjing, Diana Peluk Kambing


Pergh! Artis² 1Malaysia suka benar mencari publisiti murahan. Terbaru, bekas peserta realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) iaitu Adira pula menayangkan aksinya bergambar dengan anjing. Sebaik tersebar gambar tersebut, maka gadis kecil molek ini dikritik teruk oleh masyarakat. Kes artis muslim memegang anjing bukan perkara baru malah sudah ramai artis lain pernah berbuat demikian. Sebenarnya hukum memegang anjing yang dalam keadaan anda atau anjing kering tidak haram kecuali memakannya. Anjing tergolong dalam najis Mughollazoh iaitu najis berat. [Tolong betulkan kalau penulis salah memberikan fakta.]

Anjing comel membuatkan si artis geram?? Itu bukan alasan untuk mengundang fitnah! Kalau suka sangat dengan haiwan, banyak lagi haiwan lain yang boleh disyorkan untuk dijadikan model gambar kamu. Misalnya kucing, iguana atau kerbau. Cuba tengok gambar Diana Danielle yang sedang memeluk anak kambing. Bukan sahaja 'pose comel' malah tidak menjadi bahan umpatan. Tambahan pula si kambing pun nampak gembira menjalani 'photo shoot' bersama anak dara jelita.

©Azurie : Bukan penggemar haiwan tetapi suka tengok cerita kartun berwatakkan haiwan seperti Woody Woodpecker atau Donald Duck! Oh ye, Doreamon pun suka!


2 Comment

aku & Fantasi Mon Apr 02, 10:46:00 PM

ye ker?tapi saya pernah tanya ustad saya dan dia cakap pegang anjing haram...dan dia cakap kenapa nak pegang sesuatu yg haram sedangkan banyak lagi binatang halal dipegang..kalau pegang anjing tak haram rasanya benda ni tak jadi isu dan mesti ramai yg nak pegang anjing lepas ni...

Eriyza Mon Apr 02, 11:46:00 PM

@aku
Anda boleh rujuk video Ustaz Azhar Idrus tentang isu pegang anjing.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.