Feb 4, 2012

Ani Maiyuni Cedera Dibelasah Suami


Kes keganasan rumahtangga tidak pernah susut. Kali ini, penyanyi dangdut yang pernah menyertai program Sehati Berdansa iaitu Ani Maiyuni pula dikasari oleh suaminya sendiri. Ani atau Aishah An Nur Osman, 33, mendakwa dibelasah oleh suaminya, Zairi Azmi atau Ayie, 37, bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ani menyatakan dia telah dipukul, ditendang dan kepalanya dihentak ke dinding bilik tidur oleh suaminya sendiri. Sebelum kejadian itu, Ani meminta suaminya yang berada di luar rumah membelikan sarapan. Apabila pulang ke rumah 30 minit kemudian, suaminya pantas masuk ke bilik dan membelasahnya sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk di kepala, tangan, dada dan leher. Mujurlah abang kandung Ani muncul ketika itu dan menjadi penyelamatnya.

Luka di hati dan luka di badan adalah dua perkara berbeza. Hati yang disakiti mungkin boleh dirawat dalam masa yang singkat tetapi tubuh yang dibelasah tentu meninggalkan kesan yang mendalam walaupun mulut melafazkan tiada dendam.

Wahai para suami di luar sana, janganlah melampiaskan nafsu amarah anda terhadap isteri yang telah mengharungi susah senang bersama. Sekali dicederakan, selamanya terpahat dalam ingatan.

©Azurie : Mahu suami yang pengasih wal penyayang, bukan samseng yang suka pukul orang.

Via : Mynewshub

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.