Seorang pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang terbabit di dalam nahas jalanraya apabila motorsikal abang yang diboncengnya telah dirempuh oleh sebuah lori kecil di persimpangan lampu isyarat Alor Lintang sewaktu pulang dari sekolah pada 13/1/2012 lalu. Ekoran dari tragedi itu, Noraini Ismail 'dianugerahkan' kebolehan berbahasa Korea dan Mandarin dengan fasih walhal tidak pernah mempelajari dua bahasa itu sebelum ini.
Menurut keluarganya, Noraini mula bercakap Korea dengan meminta air ketika bangun dari tidur pada hari keempat selepas pulang ke rumah. Namun, hal itu cuma terjadi jika dia tidur semula selepas Subuh dan dia boleh menterjemahkan cerita Korea tanpa melihat sarikatanya. Akan tetapi, kepetahan bahasa Koreanya hanya bertahan sehingga jam 11 pagi. Selepas tempoh itu, dia kembali bercakap bahasa Melayu dan bahasa Korea atau Mandarin tidak difahami walau sepatah pun.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
Petikan dari Sinar Harian
Peliknya, dia tidak boleh bertutur dalam loghat Kelantan malah hanya bercakap dalam bahasa Melayu biasa selepas fasih bahasa Mandarin dan Korea. Namun, disebalik keistimewaan itu, dia turut mengalami simptom lain iaitu sakit kepala yang teramat sangat menjelang Maghrib sehingga terpaksa mendapatkan suntikan di Hospital Besut.
Keluarga Noraini mengharapkan kepada sesiapa yang boleh membantu memulihkan semula keadaan pelajar ini agar menghubungi mereka kerana mereka tidak mampu mendapatkan rawatan lebih kerap.
Anda boleh menghubungi bapa Noraini di alamat :-
Ismail Salleh
2672, Kampung Baru Gong Medang
Tembila, Kampung Raja.
©Azurie : Selalu menjadi penterjemah untuk ayahanda ketika menonton drama Korea Gwanggaeto, The Great Conqueror.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.