Feb 20, 2012

Jimmy Palikat - Anak Kampung


Gara² minggu muzikal Raja Lawak 6, lagu yang dinyanyikan dek Kumpulan Zero berjaya mencuri tumpuan penulis, lalu tanpa sebarang maklumat penulis memulakan pencarian lagu ini. Bayangkan mencari sebuah lagu tanpa nama penyanyi dan tajuk lagu, ibarat mencari kilauan intan di dalam timbunan kaca. Akan tetapi, penulis berjaya juga mencari lagu yang sering kali diputarkan di Radio Sabah ini.



VIDEO JIMMY PALIKAT - ANAK KAMPUNG

LIRIK LAGU ANAK KAMPUNG - JIMMY PALIKAT

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat kuberikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau
Sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagu menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna


VIDEO PARODY ANAK KAMPUNG VERSI
JAWAPAN BALAS DARI SI GADIS


Lagu ini asalnya bertajuk Tanak Kampung menggunakan bahasa Sabah dialek Dusun tetapi kerana sambutannya baik, maka ia telah dikomersilkan lalu dibuat lirik dalam bahasa Melayu.


VIDEO JIMMY PALIKAT - TANAK KAMPUNG (ORIGINAL)

Anak Kampung terlalu banyak dibuat cover dalam pelbagai bahasa termasuk Kelantan, Iban dan lain² lagi. Terima kasih trio Zero kerana membawakan lagu ini untuk umum. Sekarang, kami sudah tahu lagu Sabah pun enak dihadam dek pendengaran.

©Azurie : Pernah berjiran dengan orang Sabah dan ayah mendapat seekor ayam jantan sebagai hadiah dari mereka.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.