Feb 18, 2012

Kasut Roda Zaman Lama


Penulis fikir kasut roda ini mungkin antara kasut roda yang terawal dicipta. Penulis tidak berani mengesahkannya kerana tiada maklumat tepat. Namun, hobi bermain kasut roda atau roller skate bermula pada tahun 70an di Amerika Syarikat dan sangat digilai para remaja sehingga merebak ke negara² lain.


VIDEO PERMULAAN PENGGUNAAN KASUT RODA

Penulis tersenyum menonton video ini. Ternyata roda basikal kanak² digunakan di dalam pembuatan kasut roda ini untuk memberikan imbangan badan yang lebih baik kepada pemakainya. Kasut roda mengalami transformasi dari zaman ke zaman dan kini ianya lebih mudah dikendalikan dengan saiz roda yang lebih kecil berbanding zaman dahulu.


Seingat penulis, fenomena kasut roda di Malaysia sudah bermula ketika penulis masih di bangku sekolah rendah. Penulis pernah mencuba bermain kasut roda yang mempunyai empat roda tetapi tidak mahir kerana kurang pandai mengawal pergerakan.

©Azurie : Suka tengok adegan mengorat guna kasut roda dalam filem Aa Gale Lag Ja.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.