Atlit pujaan gadis² 1Malaysia, Khairul Fahmi atau Apek sekali lagi terpalit gossip apabila ikatan pertunangan Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey dengan seorang anak usahawan terkenal di Kelantan terlerai pada bulan lalu. Malah, Apek turut dituduh meninggalkan Dahlia Teck untuk bersama gadis ini.
Si gadis tampil untuk menjernihkan kekeliruan yang timbul dengan mengadakan sidang akhbar di butik milik ibunya. Leuniey menolak dakwaan bahawa Apek sebagai punca dia dan pasangannya memutuskan pertunangan mereka. Tambahnya lagi, tiada persefahaman dan masalah peribadi merupakan faktor utama hubungan mereka retak sehingga membawa kepada pengakhiran pertunangan tersebut. Hal mereka berdua tiada kaitan langsung dengan Apek.
“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.
“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena-mengena dengan Apex.”
“Saya agak terkilan dengan isu yang ditimbulkan ini, apa yang disebarkan tidak benar, dan saya minta pihak yang menyebarkan berita mengatakan saya pernah keluar bersama Apex tampil menunjukkan bukti.”
Leuniey juga menolak dakwaan bahawa dia menjadi punca tercetusnya masalah dalam perhubungan Apex dan Dahlia.
“Saya menolak seratus peratus. Apa yang terjadi pada hubungan Apex sebelum ini, ia tidak ada kena-mengena dengan saya, malah kes putus tunang Apex juga tidak ada kaitan dengan saya.”
Dipetik dari Sinar Harian
Leuniey yang bertunang pada 16/12/2011 dan putus tunang sebulan kemudian tidak mahu lagi dikaitkan dengan penjaga gol kebangsaan itu kerana semua cerita yang dicanang oleh individu yang tidak bertanggungjawab adalah palsu belaka. Leuniey berharap penjelasannya pada sidang akhbar tersebut dapat menjawab semua spekulasi yang tersebar meluas di media cetak mahu pun media elektronik.
©Azurie : Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang bertaraf nombor 1 dunia dalam bidang masing² tidak pula dihimpit kontroversi seperti Khairul Fahmi.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.