Ketaksuban apakah ini?? Hanya kerana perlawanan bolasepak, maka padang bola berubah menjadi lokasi rusuhan umpama medan perang yang mengakibatkan 74 nyawa melayang dan beratus-ratus lagi (1000) manusia lain cedera di Stadium Port Said, Mesir. Tragedi berdarah ini berlaku sejurus wisel penamat ditiupkan apabila tuan rumah, Al Masry mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab bolasepak popular Mesir, Al Ahly. Penyokong Al Masry yang bersenjatakan kayu dan pisau menyerbu padang lalu bertindak agresif ke atas pemain dan penyokong Al Ahly.
VIDEO PENYOKONG AL AHLY YANG MATI DISISI PEMAIN AL AHLY
KETIKA MENDAPATKAN PERLINDUNGAN DARI RUSUHAN
VIDEO LAPORAN KEJADIAN RUSUHAN YANG DISIARKAN OLEH CNN
Anda saksikan sendiri detik² cemas dalam drama rusuhan bolasepak Mesir antara penyokong Al Masry dan Al Ahly.
Selain penyokong, pemain Al Ahly turut mengalami kecederaan di bahagian badan, antaranya ialah penjaga gol Al Ahly, Sharif Ikrami yang memutuskan untuk tidak bermain bolasepak lagi setelah menyaksikan sendiri satu persatu mayat penyokongnya dibawa masuk ke bilik rehat mereka. Paling menyedihkan apabila penyokong yang cuba mendapatkan perlindungan di bilik persalinan mereka, meninggal dunia walaupun para pemain berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkannya.
Khabarnya, kebanyakan mangsa mati akibat ditikam manakala yang lain pula terkorban kerana lemas akibat terperangkap dalam koridor yang sempit ketika mereka melarikan diri dari keganasan perusuh.
Rusuhan bolasepak Mesir ini adalah antara yang dahsyat sejak Oktober 1996. Ada berita mengatakan rusuhan itu telah dirancang oleh pihak tertentu. Jika tidak, masakan begitu ramai penonton yang membawa senjata tajam ke stadium?? Kalau setakat mercun dan laser, itu 'aksessori' biasa ketika menyaksikan perlawanan bolasepak.
Pelik betul, peminat pasukan menang yang menyerang penyokong pasukan yang kalah. Kalaulah mereka yang kalah, apa pula tindakan mereka agaknya?? Mengebom stadium?? Nauzubillahiminzalik!
Buat peminat bolasepak di luar sana, jangan terlalu fanatik dengan bola sehingga gagal mengawal emosi. Peminat bolasepak Malaysia boleh dikira agresif juga kerana insiden membakar kerusi dalam stadium, membakar bas, membelasah penyokong pasukan lawan dan pelbagai lagi aksi negatif. Ingat Allah!
©Azurie : Bukan peminat bolasepak Malaysia mahu pun dunia tetapi 'berkawan' dengan Lionel Messi.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.