Feb 26, 2012

Penoreh Getah Menang Kereta Mewah


Pepatah tersohor sering menyebut tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak nampak di dahi. Tuah ternyata menyebelahi seorang wanita Orang Asli dari Bera, Pahang apabila dia memenangi sebuah kereta mewah berjenama Mercedes-Benz E200 CGI. Sapiah Aping yang bekerja sebagai penoreh getah sukar mempercayai bakal mendapat sebuah kenderaan mewah.

Sapiah menjadi pemenang pertama bulan Januari hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).


“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri."

“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu.”

Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.

“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya.”

Petikan Sinar Harian



©Azurie : Tidak pernah memegang stereng apatah lagi memandu kereta berjenama Mercedes.


Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.