Mar 30, 2012

Lagu Zizan Haram Disiarkan


Tidak lama dahulu, ada individu tertentu mendakwa lagu Bawaku Pergi yang dibawakan oleh Zizan + Kaka tidak sesuai untuk halwa telinga kerana liriknya menggalakkan remaja lari dari rumah. Penulis mengakui pernah terfikir akan hal yang sama apabila mendengar bait² liriknya terutamanya pada bahagian hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng... kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng.

Nah, di situlah wujudnya gambaran lari dari rumah pada andaian sesetengah pihak. Natijahnya, kerajaan 1Malaysia telah menghantar sepucuk surat rasmi kepada si pelantun lagu ini iaitu Zizan bahawa lagu ini akan diharamkan penyiarannya. Akan tetapi apabila Malique selaku komposer dan penulis lirik lagu ini muncul memberikan penjelasan, barulah penulis faham makna tersirat di sebalik lagu kontroversi ini. Jom, tengok lirik Bawaku Pergi dulu.


Lirik Lagu Bawaku Pergi - Zizan ft Kaka

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Chorus
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca topi berceloreng
Sarung tangan hitam atas muka ada topeng
Hanya perlu siul tidak tekan loceng
Hero sudah sampai cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Ulang Chorus

Bila kita pergi
Apa kan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh


Penulis fikir anda sudah tahu sebab musabab lagu ini diisytiharkan sebagai HARAM! mari kita lihat pula penjelasan panjang lebar dari Malique.


Pagi tadi, Zizan menelefon saya mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari.

Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. It's just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You don't go around telling the whole country that they shouldn't taste it too.

To whomever it may concern, you can start by being fair, if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique
Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.

Petikan Gua


Lagu ini sebenarnya enak didengar, masalah timbul apabila lirik tersuratnya disalah tafsir oleh orang² yang tidak memahami makna tersiratnya. Sebenarnya banyak lagi lagu Melayu di luar sana yang rojak bahasanya malah ada unsur tidak elok.

Lagu yang patut diharamkan adalah Ada Lembu Nak Jaga kerana liriknya menjijikkan walaupun diubahsuai dari lagu Moves Like Jagger. Lagu Inggeris yang 'lulus' siaran pun banyak yang menjengkelkan liriknya tetapi kenapa terlepas 'tapisan'??

©Azurie : Geram dengan sesetengah artis yang suka meniru lenggok Indonesia ketika menyebut Cuba jadi Coba, Kerana jadi Karena. Cubalah martabatkan bahasa sendiri.

Via : Gua

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.