Mar 11, 2012

Lima Lelaki Dirotan Kerana Berjudi


Lima orang lelaki Acheh yang didapati bersalah kerana berjudi menerima habuan untuk perbuatan mereka. Kesemuanya dihukum sebat sebanyak enam kali pada setiap hari Jumaat dan pelaksanaan hukuman tersebut dilakukan di hadapan khalayak ramai di Acheh Timur, Langsa, Indonesia. Dilaporkan beratus² penduduk keluar menyaksikan hukuman yang dijalankan berlandaskan undang² Islam ini.

Mengulas tentang perkara itu, Ketua bahagian jenayah di pejabat pendakwa raya Aceh, Putra Masduri mengesahkan bahawa lima lelaki itu antara 20 orang pesalah yang melanggar undang² syariah pada Januari lalu.

Walaupun Indonesia mengamalkan undang² sekular tetapi Acheh diberi kelonggaran untuk mentadbir negerinya dengan mendaulatkan hukum syariah. Tahniah Acheh!

©Azurie : Kalaulah setiap pelakuan jenayah dihukum dengan undang² Islam, maka semakin susutlah jenayah di sesebuah negara.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.