Mar 19, 2012

Secret Garden 2010


Buat penggemar drama bersiri dari Korea Selatan seperti penulis, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menonton drama Secret Garden (시크릿 가든) terbitan tahun 2010 yang bergenrekan komedi romantik. Secret Garden disiarkan di Astro Prima setiap Isnin sehingga Jumaat pada pukul 1.00 petang. Setakat ini (19 Mac 2012), sudah 11 episod disiarkan. Berbaki 9 episod lagi untuk dihabiskan.



Secret Garden dibintangi oleh :-

* Hyun Bin sebagai Kim Joo Won
* Ha Ji-won sebagai Gil Ra Im
* Kim Sa Rang sebagai Yoon Seul
* Yoon Sang Hyun sebagai Choi Woo Young / Oska
* Phillip Lee sebagai Im Jong Soo

Secara ringkasnya, drama Secret Garden memaparkan adegan cinta luar biasa antara seorang CEO gedung terkemuka, Kim Joo Won dengan seorang pelagak ngeri wanita, Gil Ra Im. Joo Won cuba menafikan rasa yang bersarang dalam hatinya untuk Ra Im. Malangnya semakin dia cuba menghindari perasaan itu, semakin kuat ingatannya terhadap Ra Im. Selaku gadis yang tidak punya apa², Ra Im malas melayan karenah Joo Won yang sombong, pentingkan kesempurnaan dan suka perlekehkan orang lain.

Satu insiden telah berlaku, tanpa disedari mereka telah bertukar badan. Mahu atau tidak, mereka terpaksa hidup sebagai orang yang berlainan jantina. Keadaan menjadi kelam kabut apabila Ra Im menguruskan gedung dan Joo Won tidak mahu membuat aksi lasak. Apakah kesudahan kisah kasih mereka??


Secret Garden bukan sekadar sebuah hiburan semata, ianya mengajak masyarakat berfikir adakah seorang anak yatim harus dilayan buruk tatkala si kaya terus diampu pengikut yang tamak?? Drama ini menyeronokkan, kelakar dan ada magisnya. Terlalu banyak adegan romantik dengan dialog menarik akan anda kenang untuk jangka masa yang lama. Penulis menyarankan drama ini kepada anda, mana tahu mungkin anda akan memasukkan drama Secret Garden dalam senarai 10 drama paling menarik pernah anda tonton seperti penulis.

©Azurie : Suka Secret Garden sebab banyak adegan yang terselit di dalamnya adalah menepati norma masyarakat sebenar, misalnya ibu Joo Won membenci Ra Im sehingga penghujung cerita, bukan seperti drama lain yang diolah mengikut ilham pengarah.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.