Seorang guru yang berusia 26 tahun bukan sekadar menanggung malu malah kerugian puluhan ribu ringgit berikutan bakal suaminya tidak hadir pada hari pernikahan mereka. Lelaki yang tidak berhati perut itu turut melarikan kenderaan dan beberapa barangan berharga milik mangsa dua hari sebelum kenduri kahwin mereka dilangsungkan.
Guru terbabit mengenali tunangnya yang dikenali sebagai Ramli Kamaruddin, 30, tahun lalu dan bertunang pada Januari 2012. Kerugian yang dialami oleh wanita tersebut dianggarkan lebih kurang RM60,000 apabila sebuah Proton Persona, barang kemas, komputer riba dan telefon bimbit dilarikan oleh tunangnya.
“Lelaki terbabit turut meminjam sejumlah barang kemas milik bakal isterinya itu, kononnya mahu dijadikan contoh membeli barang kemas lain sebagai hantaran perkahwinan.
“Selain itu, dia turut mengambil sebuah telefon bimbit dan komputer riba milik tunangnya,” katanya.
Umar Ali Saifuddin berkata, dalam kejadian berkenaan, kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, mangsa yang berada di rumahnya ketika itu didatangi tunangnya yang mahu meminjam kereta dan berjanji memulangkannya keesokan pagi.
“Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengotakan janjinya menyebabkan mangsa cuba menghubunginya tetapi gagal.
“Mangsa yang merasakan dirinya ditipu membuat laporan polis dan mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung kelmarin (Sabtu),” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh bertunang, lelaki terbabit turut menjalin hubungan dengan wanita lain menggunakan nama ‘Shah’ dan mendakwa bekerja sebagai anggota keselamatan.
“Siasatan awal polis mendapati, lelaki ini dikehendaki polis berhubung laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 2004.
“Malah, dia juga memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan penipuan pada 2009,” katanya.
Petikan Sinar Harian
©Eriyza : Kasihan sungguh kepada cikgu ini. Sudahlah ditipu, tunangnya juga sebenarnya merupakan seorang bekas banduan.
1 Comment
kesiankan dia, semoga dia tabah menghadapi ujian ini
Entri Terbaru Kazen >>> Selamat Hari Pekerja
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.