Apr 15, 2012

Buang Bayi Perempuan Atas Bonet Kenderaan


Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, terkesima apabila menerima 'hadiah bayi perempuan' yang diletakkan di dalam kotak gabus di atas bonet keretanya sebaik usai menunaikan solat Subuh. Bayi itu dimasukkan ke dalam beg sukan sebelum diletakkan di dalam kotak gabus.


Bayi yang sempurna sifat ini hanya dibaluti tuala dan masih bertali pusat ketika ditemui. Bayi ini dipercayai baru dilahirkan sebelum ditinggalkan. Sekeping nota ringkas turut diselit bersama.


‘Nama Ayah, Khairulanam, nama ibu, Sri Susanti dan nama anak, Salamiah Hasanah’

‘Kami tak mampu untuk menguruskan dan akan menunggu dia di Jakarta kelak’.

Petikan Harian Metro


Bayi ini sudah diberi nama Salamiah Hasanah sebelum dibuang. Mungkin ibu bapanya (bersangka baik) tidak mampu memeliharanya atas sebab² tertentu. Ternyata pasangan ini masih ada perikemanusiaan kerana meninggalkan bayi perempuan ini kepada orang baik daripada dicampak ke tempat pelupusan sampah.

©Eriyza : Kalau tak mahu bayi itu, bak sini. Biar kami sekeluarga pelihara.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.