Apr 28, 2012

Hattan Bergelar Datuk


Pelantun lagu Mahligai Rindu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin telah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulangtahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi tahun 2011. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada penerima di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan.

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini antara penyanyi yang mempunyai suara sedap didengar dan pernah membintangi beberapa buah filem. Turut menerima anugerah yang sama bersama 152 penerima yang lain ialah Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Datuk Karam Singh Walia.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Hattan. Selepas ini, kenalah cari Datin ye.

©Eriyza : Bekas isteri Hattan, Farah Asyikin tidak sempat merasa gelaran Datin. Tak ada rezeki.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.